Pakej Danang, Vietnam 4H3M

Pakej All-In Fullboard Bermula dari
RM2298/Pax
  • 4 Hari 3 Malam
  • PRIVATE TOUR - Transport, Makanan, Hotel Penginapan, Aktiviti, Tour Guide.
  • Harga termasuk tiket flight

Pakej Cuti Danang, Vietnam 2025 – 4 Hari 3 Malam | Danang ialah sebuah bandar pantai yang terletak di tengah Vietnam, terkenal dengan gabungan keindahan alam semula jadi, budaya, dan kemodenan. Bandar ini menjadi destinasi pilihan pelancong kerana pantainya yang panjang dan bersih seperti My Khe Beach, yang sesuai untuk berehat atau melakukan aktiviti air. Selain itu, Danang juga berdekatan dengan beberapa tapak warisan dunia seperti Hoi An dan Hue, menjadikannya lokasi strategik untuk meneroka sejarah dan seni bina Vietnam. Pelancong boleh menikmati pemandangan indah dari Marble Mountains, mencuba makanan tempatan seperti mi Quang, atau berjalan-jalan di Jambatan Naga yang ikonik pada waktu malam. Dengan suasana yang lebih tenang berbanding bandar besar seperti Hanoi atau Ho Chi Minh, Danang menawarkan keseimbangan sempurna antara santai dan pengembaraan.

Details Pakej Danang 2025 - 2026

Tempah Pakej Ini Sekarang - Cuti-Cuti ke Danang Vietnam

Berhubung terus dengan pasukan kami untuk sebarang persoalan lanjut tentang Pakej Halal Murah Vietnam 2025