Pakej Mercure Hotel 2 Hari 1 Malam 

Penginapan Bilik Superior bermula dari
RM466/bilik
  • 2 Hari 1 Malam
  • Wi-Fi
  • Check-in / Out : 1500hrs / 1200hrs
  • Spa
  • Beach Access

Nikmati Keselesaan bertaraf Antarabangsa di Mercure Langkawi

Mercure Hotel Langkawi Pantai Cenang merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan pengalaman penginapan yang moden, selesa dan bergaya di tengah-tengah kawasan pelancongan paling meriah di Langkawi. Terletak hanya beberapa Meter dari Pantai Cenang yang terkenal dengan pasir putih, hotel ini menjadi pilihan ideal untuk pelancong yang inginkan keindahan alam, kemudahan moden dan akses mudah ke pelbagai tarikan utama.

Hotel ini menampilkan sentuhan tropika, dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan, restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, bar lounge, bilik mesyuarat dan perkhidmatan spa. Bilik yang luas dan berhawa dingin direka untuk keselesaan, lengkap dengan WiFi percuma, TV skrin rata, katil empuk dan bilik mandi moden.

Antara tarikan menarik yang terletak berhampiran termasuk Underwater World Langkawi –  Langkawi SkyCab dan Sky Bridge yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari puncak Gunung Mat Cincang (sekitar 30 minit pemanduan), serta Laman Padi Langkawi.  terdapat banyak kafe di sekitar Hotel, restoran makanan laut, gerai tempatan serta pusat beli-belah bebas cukai seperti Cenang Mall yang mudah diakses dengan berjalan kaki.

Dengan lokasi strategik yang hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, serta suasana yang sesuai untuk percutian keluarga, pasangan atau urusan bisnes, Mercure Hotel Langkawi Pantai Cenang merupakan destinasi penginapan yang sempurna bagi mereka yang ingin menikmati pesona pulau legenda ini dalam keselesaan dan kemudahan yang lengkap.

Terletak di tengah-tengah Pantai Cenang, Mercure Langkawi Pantai Cenang menyediakan tempat penginapan bagi percutian yang ideal buat seisi keluarga. Hotel ini mempunyai bilik-bilik berhawa dingin yang luas dengan Wi-Fi percuma dan balkoni atau ruangan privasi. Begitu juga dengan pemandangan lautan atau kolam renang yang tenang.

Para tetamu boleh bersantai-santai di ruangan kolam renang, menikmati vibe tepi pantai, atau pemandangan laut yang menakjubkan dari ruangan bilik anda. Terletak hanya 300 meter dari Cenang Mall dengan hanya berjalan kaki dari Pantai Cenang, hotel ini menawarkan akses mudah ke membeli-belah, makanan di restoran mewah, sukan air dan tarikan tempat yang menarik.

Kemudahan Yang Disediakan...
  • Beach
  • Transport with driver
  • Free Wi-Fi
  • Front desk (24 Hour)
  • Swimming Pool
  • Fitness Center
  • Free Parking
  • Restaurant

List of Rooms