Opens in a new tab

“Duit Poket Sentiasa Cukup Sampai Last Day! Ini 4 ‘Trik Rahsia’ Urus Wang Masa Melancong”

Korang pernah tak,baru masuk hari ke-3 trip, tapi bila check wallet..balance duit dah tinggal nyawa-nyawa ikan?

Ekspresi muka kita yang patutnya ceria terus bertukar menjadi gelisah dan cemas sebab teringat ada baki beberapa hari lagi sebelum penerbangan balik. Hujung-hujung nanti ,separuh masa percutian yang patutnya kita ‘enjoy’ cuma habis dengan masa kita berjimat dan berkira-kira nak makan ke tak. Memang akan potong mood dan memenatkan mental kita !

Supaya trip korang tak ‘pokai’ tengah jalan, ini 4 tips mudah urus duit yang wajib korang buat before pergi melancong :

 

1. Guna Teknik ‘Sampul Harian’

Asingkan siap-siap duit tunai mengikut bilangan hari percutian korang (Contoh: RM150 atau nilai mata wang tempatan yang setara per hari). Masukkan wang tersebut ke dalam sampul berasingan yang bertanda Hari 1, Hari 2, Hari 3, dan seterusnya.

Simpan sampul untuk hari-hari akan datang di dalam safety box hotel atau tempat tersembunyi dalam beg utama. Bila keluar jalan-jalan, hanya bawa sampul untuk hari berkenaan sahaja. Trik ini secara psikologinya menghalang korang daripada terikut nafsu berbelanja berlebihan pada awal trip, sekali gus memastikan baki duit poket sentiasa cukup sehingga hari terakhir.

2. Elak ‘DCC Trap’ Masa Guna Kad

Bila buat pembayaran menggunakan kad kredit, debit, atau kad multi-currency di luar negara, mesin kad selalunya akan tanya sama ada korang nak caj dalam Ringgit Malaysia (MYR) atau mata wang tempatan negara tersebut. Sentiasa pilih mata wang tempatan (Local Currency)!

Jika korang pilih MYR, korang telah terperangkap dengan Dynamic Currency Conversion (DCC) di mana pihak bank peniaga luar negara akan menentukan kadar pertukaran mata wang mereka sendiri dan selalunya kadar itu sangat tinggi berserta caj tersembunyi hingga 3% ke 5%. Pilih mata wang tempatan supaya kad korang menggunakan kadar pertukaran rasmi bank yang jauh lebih adil dan jimat.

3. Asingkan Duit Kecemasan

Jangan pernah meletakkan semua telur dalam satu bakul , sama juga dengan wang tunai, kad kredit, dan kad debit korang. Memindahkan atau mengumpul semua kad dan tunai dalam satu dompet utama ialah kesilapan besar yang kerap dilakukan pelancong.

Simpan sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah duit tunai sandaran dan satu kad bank alternatif di poket rahsia beg galas, ruang tersembunyi dalam bagasi, atau pouch pinggang berasingan. Jika berlaku insiden tidak diingini seperti dompet tercicir, diragut, atau kecurian di kawasan sesak, korang tidak akan terus buntu kerana masih mempunyai dana simpanan untuk meneruskan percutian atau membeli tiket pulang.

4. Tetapkan ‘Had Souvenir’ Dari Awal

Niat asal nak beli fridge magnet je, tapi bila masuk kedai souvenir, tiba-tiba penuh satu plastik dengan kunci, baju, dan makanan tempatan! Pembelian barangan kecil secara impulsif inilah yang paling cepat ‘membocorkan’ bajet percutian tanpa disedari.

Tetapkan satu jumlah bajet khas (contoh: RM100 sahaja) khusus untuk buah tangan sejak dari hari pertama. Petua paling jimat ialah senaraikan nama penerima awal-awal dan beli souvenir di satu lokasi sahaja  contohnya di pasar borong tempatan atau kedai borong tempatan, bukannya di kedai cenderamata berhampiran tarikan pelancong utama seperti muzium atau taman tema yang harganya selalunya berkali-kali ganda lebih mahal.

Nak Percutian Tersusun & Tanpa Kos Tersembunyi?

Tak payah pening kepala nak kira bajet makan, hotel, atau pengangkutan. Biar Dolfena Travel uruskan semuanya! Pakej kami serba lengkap (all-in) dengan harga telus tanpa sebarang caj tersembunyi. Korang cuma bawa diri dan duit poket santai je! Untuk pertanyaan dan details mengenai pakej percutian Dolfena Travel, korang boleh je contact kami di talian di Whatsapp atau call kami (011-6124 1860)

Related posts