Opens in a new tab

Tak Payah Ke Luar Negara! Ini Cara ‘Paling Ngam’ Nak Release Stress Kat Sabah

Bila stress kerja dah bertimbun, tak payah pening-pening nak terbang berjam-jam pergi luar negara. Cukup dapat escape sekejap cari angin sejuk, pemandangan hijau, dengan makan seafood segar pun dah boleh terbakar balik semangat tu! Tapi kalau malas nak pening kepala susun itinerary atau drive sendiri, ambil je Private Trip Kota Kinabalu & Kundasang dari Dolfena Travel ni. Korang bawa diri je, yang lain semua kami dah siap settlekan!

 

Jom tengok senarai lokasi wajib singgah dan port makan padu yang korang bakal nikmati sepanjang trip ni: Tempat Wajib ‘Singgah’ Dekat Sabah!

Bila sampai je kat sini, ini senarai tempat wajib korang singgah supaya trip tak rasa rugi!

 

1. Desa Dairy Farm (First Stop Wajib!) 

First sekali, kita terus naik ke Kundasang dan terjah Desa Dairy Farm untuk layan pemandangan ala-ala New Zealand sambil makan aiskrim segar buatan tempatan. Angin sejuk tanah tinggi dipadankan pula dengan view padang ragut hijau beserta latar belakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Korang siap boleh bagi makan anak lembu guna botol susu dan ambil gambar OOTD sebab vibe dia memang lain macam! Untuk makluman, tiket masuk di sini sekitar RM13 seorang untuk dewasa MyKad. 

 

 

2.Marakau Fish Spa 

Lepas puas ber-photo dump di Desa Farm, kita singgah ke Marakau Fish Spa untuk rasa pengalaman unik kaki ‘diurut’ dengan ikan-ikan sungai. Korang akan rendam kaki dalam air sungai yang jernih dan biarkan ratusan ikan kelah/pelian membersihkan kulit mati kat kaki. Geli-geli kelakar tapi memang syok, segar, dan melegakan kaki yang dah penat berjalan! Tiket masuk kat sini sangat berbaloi, sekitar RM5 sahaja seorang. 

 

 3. Layan Sunset kat Pantai Tanjung Aru!

Dah penat ber-photo dump dan ‘diurut’ ikan? Jom rehatkan diri sambil cuci mata layan sunset kat Pantai Tanjung Aru! Tempat ni memang tumpuan wajib kalau ke Kota Kinabalu sebab pemandangan mentari terbenamnya antara yang paling cantik. Sambil menikmati bayu laut dan pemandangan langit berubah warna, korang wajib pekena kepak ayam bakar tular dan air kelapa segar kat gerai berdekatan. Memang port santai paling healing untuk recharge balik tenaga korang! 

 

 

4. OOTD kat Masjid Terapung Kota Kinabalu 

Lepas lunch, kita bergerak turun semula ke Kota Kinabalu dan tenang-tenang ambil gambar kenangan kat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung). Seni bina ikonik yang dikelilingi lagun buatan ni memang nampak cukup indah bila dipantulkan dalam air. Kalau korang nak masuk melawat kawasan masjid atau sewa pakaian tradisional untuk bergambar OOTD di sekitar kawasan masjid, yuran pelawat cuma sekitar RM5 sahaja.

 

 

5. OOTD & Melawat Menara Tun Mustapha

Dan untuk penutup hari yang sempurna, kita singgah melawat mercu tanda ikonik Sabah iaitu Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah). Bangunan pencakar langit berbentuk gantung 30 tingkat ini merupakan antara seni bina paling unik di dunia kerana disokong oleh satu teras keluli di tengah-tengahnya! Korang boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan lapang menara ni sambil mengambil gambar OOTD dengan latar belakang menara roket bujur yang gergasi dan sangat aesthetic. Paling best, untuk berjalan dan mengambil gambar di kawasan luar menara ini tiada sebarang bayaran tiket masuk dikenakan!

 

📲 Nak tahu harga ikut jumlah pax korang? Terus DM Dolfena Travel sekarang untuk tempahan! 

Related posts