Tempat Pelancongan Yang Nampak Fake Tapi Real

Dengan kemajuan AI yang makin hari makin merisaukan, agak sukar untuk kita percaya semua benda yang kita tengok di internet. Ini termasuklah sekali dengan destinasi pelancongan, kita dah dibutakan dengan AI sampai lupa yang bumi kita ni penuh dengan destinasi yang pelik-pelik sampaikan kalau kita tak lihat dengan mata sendiri, kita confirm tak akan percaya.

Salar de Uyuni (Bolivia)

Padang garam terbesar di dunia yang terletak di Amerika Selatan ini dahulunya adalah tasik, tapi lama-kelamaan jadi sejat hingga develop permukaan garam yang sangat banyak.  Covering around 10,852 km per segi, tempat ni sangat popular dengan mirror effect dia apabila hujan. memang betul-betul mcm dalam video game. Memang sesuai sangat untuk photograhpy ataupun penggambaran filem yang ada elemen surreal.

Gambar dari China Odyssey Tours

Zhangjiajie National Forest Park (China)

Dengan tiang batu yang tinggi-tinggi dan banyak, dah macam dunia alien dalam movie Sci-fi pulak. Yang menariknya, tempat ni menjadi inspirasi visual bagi Filem Avatar. Terbentuk daripada quartz-sandstone, tiang-tiang batu ini mencecah hingga 200m. Ditembah pulak dengan kabus dan awan, memang unbeatable lah tempat ni. Hasil dari luluhawa fizikal dan hakisan selama berjuta-juta tahun, Zhangjiajie National Forest Park sentiasa menjadi salah satu natural masterpieces of the world.

Gambar dari traveltalk

Pamukkale (Turkey)

Tempat ni kalau kita tengok dari jauh, nampak macam kolam bersajli. jadi apa sebenarnya putih-putih tu? Itu sebenarnya mineral kalsium yang datang dari kolam-kolam tu sendiri kerana kandungan calcium-carbonate yang tinggi. Terletak di barat daya negara Turkey, Pamukkale memang wajib dilawat bagi orang-orang yang minat dengan fenomena alam yang berkait rapat dengan geologi. Atas pada kolam-kolam ni terdapat ruins of Hierapolis iaitu tempat pemulihan atau ketenangan pada zaman Greco-Roman dahulu. Paling menarik sekali mengenai Pamukkale ni ialah ia merupakan destinasi paling banyak difotograf di Turkey.

Gambar dari wallup.net

Antelope Canyon (USA)

Yang ni confirm semua biasa tengok di wallpaper computer kan? haa dari sini la gambar tersebut diambil. Terletak di Arizona, laluan batu beralun dengan cahaya matahari menembusi celah atas menghasilkan efek cahaya yang nampak macam lukisan digital. Landskap yang cantik dan unik ini terukir dari banjir dan laluan angin berjuta tahun dahulu. Tambahan pulak dengan hujan monsun yang bermusim, ukiran tersebut terus sambung terukir dengan slowly but surely. Another great spot untuk fotograf dan perfileman, ataupun just nak enjoy aesthetic of earth landscape in general.

Gambar dari NewScientist

Lake Hillier (Australia)

Kita simpan yang paling pelik untuk last sekali. Bayangkan tasik yang berwarna pink yang dikelilingi laut biru pulak tu. How weird is that? Tapi jangan pergi minum pulak sebab itu bukan susu strawberry, air dari tasik tersebut terlihat warna pink cerah tu adalah disebabkan oleh Dunaliella salina algae dan halophilic bacteria. So basically warna pink tu adalah warna kuman-kuman ini la. Truly a unique lake, really makes you wonder is there more to this world?

Dunia sebenar sebenarnya lagi pelik dari imaginasi manusia cuma kita belum jumpa lagi semua tempatnya. Kalau rasa nak tengok sendiri keajaiban dunia yang nampak macam edit tapi real, bolehlah mula rancang trip impian dengan Dolfena Travel. Mana tahu destinasi seterusnya bukan sekadar dalam gambar tapi depan mata sendiri.

Related posts