Kalau travel sekadar tengok tempat, semua orang boleh buat. Ambil gambar, pergi tempat viral, lepas tu balik. Tapi kalau travel sambil “rasa jiwa sesebuah negara”, itu baru pengalaman yang betul-betul melekat dalam ingatan. Makanan bukan sekadar untuk kenyang, tapi sebenarnya cerminan budaya, sejarah, dan cara hidup masyarakat di sesuatu tempat. Sebab tu, travel ikut makanan ikonik boleh jadi satu cara paling unik untuk explore dunia.

Gambar 1 : Tomyum simbolik keunikan Makanan Thailand
Di Thailand, antara hidangan yang paling terkenal ialah Tom Yum. Sup yang terkenal dengan gabungan rasa pedas, masam, dan wangi herba ini memang melambangkan identiti masakan Thai. Setiap hirupan bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga menunjukkan keseimbangan rasa yang sangat dititikberatkan dalam budaya mereka. Kalau nak rasa yang betul-betul original, street food di Bangkok selalunya lebih padu daripada restoran mewah.

Gambar 2 : Rendang, salah satu menu wajib bila travel ke Indonesia
Bila masuk Indonesia pula, Rendang menjadi hidangan yang wajib dicuba. Daging yang dimasak perlahan bersama pelbagai rempah menjadikan rasanya pekat dan kaya, hingga diiktiraf sebagai antara makanan paling sedap di dunia. Proses memasaknya yang mengambil masa lama juga melambangkan kesabaran dan kehalusan seni dalam masakan tradisional Indonesia.

Gambar 3 : Ramen, simbol ikonik makanan Jepun
Di Jepun, Ramen pula menjadi simbol makanan yang bukan sekadar cepat dan mudah, tetapi penuh variasi dan kreativiti. Setiap daerah di Jepun mempunyai versi ramen tersendiri, daripada kuah yang ringan hingga yang sangat pekat. Menariknya, kedai-kedai kecil di lorong-lorong sering menawarkan rasa yang lebih autentik berbanding restoran besar.

Gambar 4 : Makanan tradisi Vietnam, Pho
Seterusnya di Vietnam, Pho merupakan hidangan yang nampak ringkas tetapi penuh dengan keunikan rasa. Kuahnya yang jernih namun kaya aroma dihasilkan daripada rebusan tulang dan herba dalam tempoh yang lama. Biasanya dinikmati pada waktu pagi, pho memberikan pengalaman makan yang tenang dan menyenangkan.

Gambar 5 : Kimchi, menu underrated di Korea, wajib cuba!
Di Korea pula, Kimchi adalah makanan yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan harian. Diperbuat melalui proses fermentasi, kimchi mempunyai rasa masam dan pedas yang unik. Walaupun tidak semua orang boleh menerima rasanya pada awalnya, ramai yang akhirnya jatuh suka kerana keistimewaan dan manfaat kesihatannya.
Secara keseluruhan, travel ikut makanan memberi pengalaman yang lebih mendalam berbanding sekadar melawat tempat menarik. Ia membolehkan seseorang benar-benar memahami budaya tempatan melalui rasa, aroma, dan cara penyediaan makanan tersebut. Selain itu, pengalaman ini juga lebih autentik dan tidak mudah dilupakan, kerana setiap hidangan membawa cerita tersendiri.
Kesimpulannya, jika ingin mencuba sesuatu yang berbeza ketika melancong, ubahlah cara melihat perjalanan tersebut. Jangan hanya fokus kepada destinasi, tetapi cuba juga untuk menghargai makanan ikonik yang menjadi identiti sesuatu tempat. Kadangkala, satu hidangan mampu memberikan kenangan yang lebih kuat daripada seribu gambar.
Kalau nak pengalaman macam ni tanpa perlu pening kepala merancang perjalanan, Dolfena Travel sedia membantu merancang trip yang lengkap dengan destinasi menarik dan makanan terbaik. Jadi, bukan sekadar jalan-jalan, tapi betul-betul rasa setiap tempat yang dilawati. Untuk sebarang urusan dan maklumat lebih lanjut, boleh berhubung dengan team travel consultant melalui call/wasap kami di talian : 011-6124 1860 (Cik Fatin).



