Attractions Paling Photogenic Sekali Di Asia Tenggara

Bumi Asia Tenggara penuh dengan macam-macam keunikan, biarpun keunikan tersebut terbentuk secara semula jadi mahupun hasil binaan manusia sendiri. Dengan gabungan perkauman dan keagamaan yang sangatlah pelbagai. Fotografi adalah perkara yang pertama yang timbul di fikiran kita bila kita lihat something yang cantek. Doesn’t matter if it’s a breathtaking scenery, spectacular architecture, or even the culture. Manusia akan cari cara untuk memperingati moment terindah itu. Jadi jom kita cover tarikan di Asia Tenggara yang paling photogenic sekali.

 

Sumber: Belinda Shi

Penanjakan 1 Bromo, Indonesia

Penanjakan 1 tu bermaksud puncak paling tinggi di sekitar Bromo,  iaitu 2,770 meter dari paras laut. Jadi dengan berdiri di situ kita boleh catch view Bromo yang paling cantik sekali. Ini adalah spot yang paling popular sekali di Jawa Timur untuk tengok matahari terbit atau pun Golden Sunrise. Dari situ juga kita dapat lihat pemandangan panorama kawah Bromo, Gunung Batok, dan Gunung Semeru. I mean just look at the picture, photographer wajib masukkan Bromo dalam bucket list travel.

 

Source: VinWonders

Cau Dat Tea Hill, Vietnam

Bagi ladang teh yang terletak di Dalat ni, tempatnya sangatlah minimalis dan atmospheric. Lagi-lagi digabungkan pulak dengan awan yang cantek di sekitar bukit. Bagi photographer, wide lens adalah pilihan yang terbaik bila nak photoshot di sini. Dan waktu yang paling ideal sekali untuk berkunjung adalah pada pukul 5:30-7:00 pagi. Leading lines semula jadi dari susunan pokok teh dicampur dengan kabus lembut memberikan hasil gambar yang dreamy, cinematic, dan sangat clean composition.

 

Sumber: Wikipedia

Wat Rong Khun, Thailand

Juga dikenali dengan nama White Temple. Wat ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik, penuh dengan spike dan tajam-tajam, tambahan pula dengan tema all white. Jadi memang memberikan penegasan pada pandangan, sangat cantik dan unik. Yang menariknya tempat ni, ia nampak macam dibina oleh kaum terdahulu kan? Tapi sebenarnya Wat Rong Khun ini baru sahaja dibina, iaitu pada tahun 1997. Kalau kita tengok gambar itu sendiri pun kita dah boleh nampak kenapa tempat ni sangat photogenic. Waktu yang sesuai untuk mengunjung adalah tengah hari apabila matahari memancar terus kearah bangunan ini yang menambah keterangannya.

 

 

Masjid Putra, Malaysia

Arguably the most iconic masjid in Malaysia. Namanya yang di inspirasi oleh wilayah tersebut iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Semua orang Malaysia pasti pernah nampak masjid ni wether they notice it or not. On TV, kalendar, buku teks ataupun mural. Another reason of why it is so iconic is that seni bini, corak dan warna yang membuatkan masjid ni instantly recognizable. Membuatkan bangunan ini sangat photogenic. Cara yang paling terbaik untuk shot gambar adalah ketika berada jauh sikit pada masjid so that kita boleh capture the whole structure and to make sure kita dapat capture refleksi Masjid Putra pada tasik berdekatan.

 

Sumber: VietJetAir

Helix Bridge, Singapura

Helix Bridge adalah jambatan untuk pejalan kaki di Singapore’s Marina Bay yang menghubungkan Marina Centre dengan Marina South. Tempat ni kalau nak cantik, memang kena pergi waktu malam disebabkan landskap yang sangat cantik kemudian digabungkan pulak dengan lampu-lampu yang menarik. Kalau nak cantikan lagi gambar tu, boleh try guna mood long-exposure dan include kan sekali skyline dalam gambar.

Jadi itulah dia antara tarikan yang paling photogenic sekali di Asia Tenggara. Jika Tuan/Puan berminat nak bercuti ke mana-mana tempat yang di tunjukkan dalam artikel ini atau even tempat lain, kami di Dolfena Travel sedia membantu Tuan/Puan dalam memenuhi kehendak akan percutian. Feel free untuk check out postingan kami.

Related posts