Kalau korang tengah cari tempat best untuk buat Family Day yang santai tapi tetap penuh aktiviti, Homestay Sedim memang antara pilihan yang berbaloi. Suasana kampung yang tenang, dikelilingi alam semula jadi, memang sesuai untuk aktiviti berkumpulan dan bonding seisi keluarga.

1.Sambutan Malam Kebudayaan
Salah satu aktiviti yang paling ditunggu-tunggu semestinya sambutan malam kebudayaan. Bila malam menjelma, suasana jadi lebih meriah dengan persembahan ringkas, aktiviti santai dan sesi beramah mesra. Moment ni memang sesuai untuk eratkan hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati suasana kampung yang jarang kita rasa.

Credit: Muhammad Sanusi Md Nor
2. Atv Ride & Water Rafting 2.5km
Untuk yang minat aktiviti lasak, ATV ride memang tak boleh dilepaskan. Laluan sekitar Sedim yang mencabar buat pengalaman tunggang ATV jadi lebih menyeronokkan. Selain itu, water rafting sejauh 2.5km antara highlight utama di sini. Arus sungai yang sesuai untuk beginner buat aktiviti ni selamat tapi tetap bagi rasa thrill, tambah lagi bila buat secara berkumpulan.

3. Jungle Trekking
Kalau nak aktiviti yang lebih santai dan dekat dengan alam, jungle trekking memang recommended. Laluan hutan yang tak terlalu ekstrem sesuai untuk semua peringkat umur. Sambil berjalan, korang boleh nikmati udara segar dan kehijauan alam sekitar Sedim.

Credit: Muhammad Sanusi Md Nor
4. Tengok Proses Pembuatan Kopi Tumbuk, Madu Kelulut, Kuih Karas & Kuih Peneram
Menariknya, Homestay Sedim juga tawarkan aktiviti berunsur pembelajaran. Lawatan ke ternakan kelulut bagi peluang untuk lihat sendiri proses penternakan lebah kelulut dan belajar tentang khasiat madu. Selain itu, pengalaman melihat proses pembuatan kopi tumbuk, kuih karas dan kuih peneram memang unik, especially untuk yang jarang terdedah dengan cara tradisional ni.

5. Sukan Rakyat
Tak lengkap Family Day tanpa aktiviti santai bersama. Sukan rakyat seperti tarik tali dan permainan tradisional lain memang berjaya buat semua orang join, tak kira tua atau muda. Gelak tawa dan semangat kerjasama tu yang buat suasana jadi hidup. Macam dalam gambar ni, ada orang-orang lelaki main bola di padang sambil pakai kain pelekat.
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang ada di Homestay Sedim ni, tapi kami dapat cover yang ini sahaja dulu buat masa ni. Secara keseluruhan, Homestay Sedim ni memang sesuai untuk penganjuran Family Day. Gabungan aktiviti lasak, santai, budaya dan pembelajaran menjadikan pengalaman di sini lebih bermakna dan berbaloi untuk dicuba, terutamanya kalau korang nak lari sekejap dari kesibukan bandar. Jika anda berminat untuk menganjurkan Family Day atau rombongang sekolah di Homestay Sedim, hubungi kami di Dolfena Travel.



