Masalah Kecurian Ketika Menaiki Kapal Terbang (In Flight Theft)

 

Bagi pelancong yang berpengalaman, kes kecurian semasa menaiki kapal terbang bukan satu perkara yang baru. Tetapi bagi pelancong yang jarang menaiki kapal terbang, sangat mudah untuk teralih perhatian atas sebab kurang biasa dengan persekitaran baru. Kes kecurian ini telah menjadi fenomena pada masa kini dengan adanya peningkatan kadar penggunaan pengangkutan udara. Dari Tahun 2022-2024 sahaja, telah direkodkan sebanyak 267 kes kecurian di atas kapal terbang di KLIA dilaporkan. Terdapat 30 orang warga asing ditahan terlibat dalam kes tersebut menurut artikel daripada New Straight Times.

Apakah Sebabnya?

Menurut IATA (International Air Transport Association), selepas pada era pandemik penggunaan pengangkutan udara meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung memberi peluang kepada pelaku bagi kes tersebut. Selain pada itu, terdapat sindiket yang menguruskan operasi ini dengan mengeksploitasi penerbangan jarak dekat dan penerbangan “last minute” di lapangan terbang yang pesat di Asia seperti di Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

Pelaku selalunya akan mengambil barang yang kecil dan mudah disembunyikan seperti wang tunai atau kad kredit. Mereka juga akan melakukanya pada masa-masa tertentu seperti waktu lampu kabin tertutup. Menurut artikel daripada Travel Weekly Asia “Mereka hanya akan mengambil wang tunai dan mungkin satu atau dua kad. Mereka tidak akan mengambil keseluruhan dompet mangsa, kerana jika mereka mengambilnya, mangsa akan perasan,” Penolong Pesuruhjaya M. Malathi.

 

Langkah Keselamatan

Gunakan Mangga atau Kunci Beg: Pastikan beg yang diletakkan di ruang atas berkunci. Penjenayah selalunya menyasarkan beg yang mudah dibuka (zip tanpa kunci) untuk mencuri wang tunai atau jam tangan secara senyap tanpa meninggalkan kesan selongkar.

Letakkan Beg Secara Terbalik: Jika anda perlu menyimpan beg di ruang atas, letakkan bahagian zip menghadap ke dalam atau ke bawah. Ini menyukarkan pencuri untuk membuka zip beg tersebut dengan cepat tanpa mengalihkan kedudukan beg secara ketara.

Pastikan Beg Selalu Ada Bersama: Jangan sesekali meninggalkan dompet, telefon bimbit, atau pasport di poket tempat duduk atau di dalam beg yang tidak berkunci semasa anda pergi ke tandas. Bawa barang paling berharga bersama anda atau minta rakan perjalanan yang dipercayai untuk menjaganya.

Sentiasa Periksa Beg Sebelum Mendarat: Jika anda sedar akan kehilangan barang berharga, cepat-cepat laporkan pada pihak berkuasa kerana selepas sahaja pesawat mendarat. Kebarangkalian untuk jumpa pencuri itu amatlah tipis.

Asingkan Wang Tunai dan Kad: Sekiranya anda betul-betul hilang salah satu dari barangan tersebut, sekurang-kurangnya anda masih ada separuh dari harta benda untuk anda “survive”.

Akhir kata, sila berhati-hati ketika melancong dan awasi persekitaran anda agar tidak kehilangan barangan berharga seperti dompet, telefon pintar, pasport atau barang kemas. Jika anda berminat untuk melancong keluar negara menaiki kapal terbang, anda boleh rujuk page kami di Dolfena Travel.

 

 

Related posts