Tempat Menarik Di Dalat Vietnam: 5 Lokasi Best Wajib Pergi

Dalat merupakan bandar yang terletak di sekitar tanah tinggi di Vietnam. Apa yang menariknya dekat Dalat ni ialah tarikan yang ada di sekitar kawasan tersebut yang sangat sesuai bagi keluarga. Terdapat banyak jenis tarikan yang mempunyai nilai Adventure, Santai, dan Photography. Nilai-nilai yang satu keluarga boleh nikmati. Kalini artikel ini akan menceritakan 5 lokasi yang paling best di Dalat Vietnam.

1. Air Terjun Datanla

Memang tak dinafikan air terjun dekat sini memang cantik, tapi apa yang menarik perhatian pengunjung ada cara untuk ke air terjun tu sendiri. Tempat itu dahulu pernah terlibat dalam perperangan, jadi ada la sikit patung-patung memorial bagi memperingati peristiwa tersebut. Untuk pengunjung sampai ke air tenjun tersebut, mereka boleh naik Alpine Coaster di situ. Alpine Coaster ini adalah rollercoaster terpanjang di Asia Tenggara, dengan panjangnya sekitar 2.4km. Sepanjang ride tu pengunjung boleh merasai suasana hutan disekitar situ dan ada juga bahagian yang agak tinggi jadi bagi sesiapa yang gayat disarankan untuk berhati-hati. Jangan risau kerana kelajuan coaster tu boleh dikawal oleh penggunanya sendiri tapi kena always alert sebab takut berlanggar dengan orang di depan atau belakang.

2. Clay Tunnel

As the name suggest, tempat ni adalah terowong tanah liat, ia terkenal dengan arca-arca tanah liat yang mempunyai bentuk-bentuk menarik, ada arca yang menceritakan tentang sejarah Dalat tapi selebihnya hanya decoration sahaja. semua arca tersebut dibuat 100% menggunakan tanah liat. Jadi tempat ni sesuai sangat la untuk photography lagi-lagi untuk pasangan suami isteri, kena sangatla kalau nak upload dekat facebook. Tempat ni sangat luas, jadi memang banyaklah untuk pengunjung explore, which mean lagi banyak spot untuk bergambar. Antara spot yang paling famous sekali di Clay Tunnel ni adalah Infinity Lake yang mempamerkan 2 muka manusia yang bertentang mata, inila yang jadi spot yang paling favourite sekali untuk pasangan bergambar.

3. Mongo Land

Inila tempat yang orang main slide yang viral tu, slide tu namanya Rainbow Slide dan terletak dalam Mongo Land ni la. Mongo Land ni adalah tarikan yang dibina untuk menyerupai perkampungan Mongolia, sebabtula namanya Mongo Land. Selain daripada Rainbow slide, ada banyak lagi aktiviti menarik yang pengunjung boleh buat dekat sini. Antaranya, ada petting zoo dan ada jugak taman bunga even grass slide. Grass slide tu, ia macam rainbow slide cuma ganti dengan rumput la dan lebih suitable untuk kanak-kanak. Not to mention Harga masuk ke Mongo Land ni RM15 sahaja, takkan tak berbaloi?

4.Crazy House

Crazy House ni pula adalah tarikan yang terkenal dengan seni binanya yang aneh, campuran yang diluar jangkawan mcm akar pokok, sarang labah-labah, aquatic dan banyak lagi. Senang cakap the whole gimmick adalah untuk get lost dalam tempat ni la, dengan pintu yang tak lead ke mana-mana pun. Dan yang plaing interesting sekali is that Crazy House ni sebenarnya adalah hotel yang pengunjung bolet menginap, dan of course lah bilik yang disediakan juga semua pelik-pelik dan unik. Jadi tempat ni sangat sesuai lah untuk kanak-kanak, cuma jangan sesat ja dalam tu.

5. Dalat Flower Park

Yang ni mesti makcik-makcik minat ni. Disebabkan oleh cuaca dia dalat ni yang sejuk, tanah disekitarnya semua subur-subur. Jadi sangat sesuai lah untuk tanaman pokok. Taman bunga ni sangat penuh dengan bunga, even pintu masuknya pun disaluti dengan bunga betul. Disebabkan cuaca kawasannya yang sejuk seperti musim bunga di Perancis, org Perancis menggelarkanya “The Eternal Spring”. Terdapat pelbagai jenis tanaman berbunga di sini dan juga pokok bonzai. Jadi tempat ni memang sangatlah sesuai untuk golongan wanita yang suka suasana seperti ini.

Kalau anda baru start nak melancong bagi kami Dalat adalah salah satu tempat yang paling sesuai untuk start. Dan kalau anda betul-betul berminat untuk melancong ke Dalat tapi tak ada masa nak plan itinerary. Kami di Dolfena Travel ada sediakan pakej khas untuk anda, tak kisah sama ada Group Package atau Private Package. Untuk maklumat lebih lanjut Tuan/Puan boleh contact sahaja kami di Dolfena Travel atau tekan sahaja link di >>>sini<<<.

Related posts