Di zaman yang moden ini, semua perkara atau urusan yang dahulunya perlukan banyak langkah yang leceh sekarang boleh dilakukan tanpa perlu mengangkat kaki pun. Salah satu urusan tersebut adalah pelancongan. Namun begitu, disebabkan betapa senangnya untuk join travel pakej online, ramai orang telah terdedah dengan penipuan atau scam. Jadi bagaimana caranya untuk kenal pasti bahawa kita sedang berurusan dengan agensi pelancongan yang rasmi?
contoh lesen rasmi dari MoTAC milik Dolfena Travel
1. Lesen Sah dan Berdaftar
First sekali untuk kenal pasti agensi pelancongan itu legit atau tak is by looking at all their work. Adakah syarikat tersebut masukkan nombor registration syarikatnya dalam postingan atau poster mereka? Bagi agensi pelancongan, benda yang paling wajib sekali perlu ada ialah lesen yang sah Dari MoTAC (Ministry of Tourism Arts and Culture). Dan nombor pendaftaran tersebut perlu sentiasa dipaparkan dalam semua postingan bagi tujuan legitimacy. Jikalau anda masih ragu-ragu, anda boleh copy nombor pendaftaran tersebut dan semak dalam MoTAC atau TOBTAB.
2. Maklumat Syarikat Yang Jelas
Agensi yang betul-betul legit mestilah akan ada pejabat atau HQ untuk urusan perniagaan ataupun bagi tujuan meeting bersama client. Alamat ini juga perlu disertakan dalam platform/media sosial syarikat tersebut. Selain itu, mereka mempunyai nombor telefon yang boleh dihubungi. Ia not necessarily need to be nombor pejabat kerana most of the time kebanyakan syarikat mempunyai seseorang yang in charge bagi bahagian menerima panggilan client, so it could be nombor Tuan/Puan tersebut. Yang paling penting sekali, adalah website atau page yang rasmi. Website adalah sesuatu yang crucial bagi sesebuah company kerana disitulah tempat mereka pamerkan produk atau servis yang mereka tawarkan tanpa halangan seperti TOS. Kalau nampak macam mereka banyak guna gambar ai sebagai testimoni, please berhati-hati.
3. Review Pelanggan Boleh Disemak
Sebelum melakukan apa-apa business dengan syarikat tersebut, ambil masa dan semak review syarikat tersebut terlebih dahulu. Zaman sekarang, review sangatlah mudah untuk disemak sama ada di Google Review mahupun di ruangan komen platform syarikat tersebut. Kalau review daripada pelanggan diceritakan berdasarkan pengalaman mereka sendiri, jadi itu adalah petanda yang baik. Tetapi kalau review tersebut datang dari account spam atau bot, disarankan untuk berhati-hati kerana itu ada lah Red Flag.
4. Media Sosial Yang Aktif
Agensi pelancongan yang legit sentiasa konsisten dengan postingan mereka. Dan Mereka bukan hanya post sekadar poster pakej atau atrraction, tetapi juga gambar dari trip atau pakej yang sebelumnya bagi tujuan legitimacy. Not only that, testimoni dari pelanggan atau past customer yang boleh meyakinkan next customer untuk berurusan dengan mereka, perkara ini juga penting bagi mencantikan reputasi syarikat. Akhir sekali, mereka juga sentiasa update aktiviti semasa mereka, trip yang on going, next project dan sebagainya.
5. Cara Pembayaran Yang Professional
Mana-mana syarikat yang rasmi akan menggunakan akaun syarikatnya sendiri bagi tujuan pembayaran atau urus niaga. Kalau anda menerima nombor akaun yang personal, tolong berhati-hati kerana anda berpotensi untuk di tipu/scam. Not to mention, agensi pelancongan akan sediakan itinerary yang jelas, invoice, dan resit yang rasmi dalam setiap urusan perniagaan mereka.
Travel sepatutnya jadi pengalaman yang menyeronokkan, bukan sumber tekanan. Dengan sedikit semakan dan langkah berjaga-jaga, banyak masalah boleh dielakkan. Ingat, murah tak semestinya selamat, dan yang legit tak pernah takut untuk tunjuk bukti. Nak tahu tak agensi pelancongan yang fit semua kriteria ni? Dolfena Travel lah jawapanya, bercuti tanpa rasa was-was dengan kami, meneroka Asia tenggara.




