Top 5 Makanan Yang Korang Wajib Cuba di Acheh, Indonesia

Dah travel ke sana, mesti korang terfikir apa keunikan yang ada di sana. Dah sampai ke sana ke atau baru nak survey tengok tengok dulu? Hehe, di sini min akan share kepada umum bahawa Aceh kaya dengan keunikan dan citarasa dengan kepelbagaian makanan yang ada di sana. Port baik takkan min tak share pulak kan. Meh sini min list antara TOP makanan yang korang wajib try!!

1.Ayam Pramugari – Menu Overrated  ∞ / 100. Jangan salah faham dengan nama dia – Ayam Pramugari bukan ayam yang naik kapal terbang ya! Nama ni datang dari sejarah asal resepi ni yang pernah jadi hidangan eksklusif untuk kru penerbangan tempatan. Ayam ini digoreng rangup lepas diperap dalam rempah tradisional Aceh, kemudian disira dengan sos manis pedas yang pekat. Aromanya kuat, teksturnya juicy, dan confirm buat korang teringat-ingat.

2.Ikan Bakar Sabang

Kalau korang sampai ke Pulau Weh atau Sabang, memang rugi besar kalau tak try Ikan Bakar Segar dari laut Aceh. Biasanya disediakan dengan sambal kicap, air limau nipis, dan ulam-ulaman tempatan. Ikan macam kakap, kerapu, atau baronang dibakar atas arang dan dihidangkan terus panas-panas. Simple tapi padu! Rating mengikut selera tekak masing-masing.

 

3. Makan Malam Hidangan Padang

Hidangan Padang di Aceh sangat sinonim dengan gaya makan “hidang atas meja semua sekali”, macam buffet duduk. Antara lauk popular termasuk rendang daging, gulai ayam, sambal hijau, sayur pucuk ubi, dan paru goreng. Walaupun konsepnya dari Minangkabau, orang Aceh memang pakar buat versi mereka yang lebih pedas dan beraroma.

4. Jus Avokado

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati Jus Avokado gaya Aceh. Bukan setakat avokado dan susu pekat, tapi ditambah dengan coklat pekat yang jelas penampakan dari tepi gelas. Teksturnya lemak berkrim, sangat sesuai diminum selepas makan pedas-pedas. Padu, menyegarkan, dan sangat Surr! Recommended dari penduduk setempat semasa min datang sendiri dekat sini. Tak semua kedai yang ada market air ini di kafe / restoran di Malaysia.

5. Kopi Acheh

Aceh dikenali sebagai salah satu pengeluar kopi terbaik di Indonesia, terutamanya Kopi Gayo. Kalau korang peminat kopi, ini adalah syurga. Nikmati kopi tubruk (kopi serbuk + air panas, tanpa tapis) di warung tempatan atau cuba kopi sanger – iaitu kopi campur susu yang manis berkrim tapi tetap kuat rasa ‘kick’-nya. Sambil minum, layan suasana warung kopi yang jadi tempat lepak utama orang tempatan. Uniknya di Aceh ini, ada juga option Kopi Telangkup. Kopi wajib try bila datang ke sini , susah nak jumpa bila pulang ke tanah air. Recommended!!

6. Sate Acheh

Sate di Aceh agak berbeza dengan sate Malaysia. Daging (biasanya kambing atau ayam) diperap dengan rempah-rempah tempatan yang kuat, kemudian dibakar atas arang dan dihidangkan dengan kuah kacang pekat serta sambal yang pedas berapi. Ada juga yang hidang bersama lontong atau nasi gurih (nasi santan ala Aceh). Pelbagai variasi yang unik seperti lidah babat (lidah lembu/kambing) , sate minang ( sate padang ), satay tanjung dan banyak lagi. Satay Tanjung berasal dari Lombok, ia diperbuat daripada daging ikan yang disapu dengan rempah ratus yang terdiri daripada santan dan rempah ratus.Ikan yang digunakan dalam sate ini biasanya skipjack tuna dan giant trevally.

 

Ini antara TOP makanan yang min sendiri pernah datang ke sini. Jika korang ada tambahan lagi menu makanan di sana dan maklumbalas, boleh sahaja contact kami di DOLFENA TRAVEL untuk update yang terbaru. Taknak pening-pening menguruskan itinerari dari segi hotel, pengangkutan, tempat lawatan, tour guide dan korang pun nak try makanan yang min ada listkan seperti di atas? Boleh contact kami di talian Whatsapp untuk detail pakej. Kami arrange dari A-Z! Jangan risau.

 

Pakej Dari Kami Yang Menarik Khas Untuk Anda!

 

 

Related posts